jump to navigation

HEPA FC catat kemenangan November 3, 2008

Posted by royalputra in Perlawanan Persahabatan.
add a comment

1st-eleven-hepa-fc-vs-library-01

 

 HEPA FC mencatat kemenangan bergaya apabila menundukkan pasukan UTeM Library dengan jaringan 3 berbalas 1. Perlawanan ini telah berlangsung pada 30 Oktober 2008 bertempat di Padang Dusun Datuk Murad, Ayer Keroh, Melaka. Pasukan HEPA FC memulakan perlawanan dengan diperkuatkan semula pemain veteran UTeM di posisi pertahanan iaitu Amir Sharifudin.

Gawang UTeM Library dibolosi seawal minit ke 11 apabila pemain sayap kanan HEPA FC meloloskan diri dari kawalan pemain pertahanan UTeM Library seterusnya memperdayakan penjaga gol lawan dengan lambungan cantik untuk menggegarkan jaring gol UTeM Library. Penyerang utama HEPA FC, Najib menambah koleksi jaringan peribadi 15 minit kemudian untuk menjarakkan jurang kepada 2-0.

Tersentak dengan 2 gol HEPA FC, UTeM Library menggandakan asakan ke pintu gol HEPA FC dan ianya berhasil 5 minit sebelum rehat dengan jaringan Azman Azhari dari UTeM Library.

Separuh masa ke-2 memperlihatkan UTeM Library menyerang dengan lebih agresif untuk mencari gol namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan HEPA FC. Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan keputusan 2-1, arkitek HEPA FC Nizam menjaringkan gol ketiga pada minit-minit terakhir untuk melengkapkan kemenangan bergaya HEPA FC sekaligus mematikan semangat pemain UTeM Library untuk mencri gol penyamaan.

 

Match Preview: Perlawanan Persahabatan ( HEPA FC vs Perpustakaan UTeM ) October 31, 2008

Posted by royalputra in Perlawanan Persahabatan.
Tags: , , ,
add a comment


HEPA FC vs  Perpustakaan UTeM


30 Oktober 2008


Padang Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh, Melaka.


Perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan yang ke-2 selepas Hari Raya Aidilfitri dan kesinambungan daripada perlawanan persahabatan antara HEPA FC vs FKM FC. Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan adalah 1 – 1. Berikut adalah maklumat penuh rekod pertemuan kedua-dua pasukan:-


HEPA FC vs Perpustakaan UTeM


HEPA FC (4) vs Perpustakaan UTeM (3)   -    Menang     -  Pertandingan Bolasepak Antara Jabatan KUTKM 2006 (Peringkat Kumpulan)


HEPA FC (0) vs Perpustakaan UTeM (2)   -    Kalah         -  Pertandingan Bolasepak Antara Jabatan KUTKM 2007 (Separuh Akhir)

HEPA FC kekalkan rekod cemerlang October 31, 2008

Posted by royalputra in Perlawanan Persahabatan.
Tags: , , , ,
add a comment
TAHNIAH!
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain HEPA FC yang telah berjaya mengalahkan pasukan FKM FC pada 22 Oktober 2008 yang lepas dengan jaringan 3 gol berbalas 2. Keputusan ini sekaligus meneruskan rekod cemerlang HEPA FC ke atas pasukan FKM FC.

Senarai penjaring HEPA FC untuk perlawanan ini adalah seperti berikut : 
Najib Abdullah – minit ke 52
Mohd Khairul Izam – minit ke 67
Muhammad Nizam Mansor – minit ke 79
*Muhammad Nizam Mansor telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan berdasarkan undian pemain HEPA FC.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.